Monday, November 26, 2007

PULAU PINANG SEDIA TAMBAH WATANIAH

Pulau Pinang sedia tambah Wataniah
Oleh Shahrin Osman

NIBONG TEBAL: Pulau Pinang bersedia menubuhkan kompeni askar Wataniah di setiap Parlimen bagi menyahut saranan Kerajaan Pusat, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan berhubung perkara berkenaan tidak lama lagi.

Antara lain, perbincangan itu juga akan mencadangkan supaya bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tinggal di negeri ini supaya menganggotai askar Wataniah.

Ketika ini, hanya segelintir masyarakat yang berminat menjadi Askar Wataniah di Pulau Pinang dengan menerima elaun antara RM4 dan RM5 sejam.

"Kerajaan negeri mahukan lebih ramai bekas pelatih PLKN serta pelbagai lapisan masyarakat menyertai Askar Wataniah untuk memastikan negara mampu menghadapi apa juga cabaran termasuk soal keselamatan," katanya.

PERASMIAN PELANCARAN PERDANA KOMPENI ASKAR WATANIAH PARLIMEN JOHOR

Photobucket
Wataniah tingkat modal insan: TPM
Oleh Johan Afandi dan Srihanasham Noordin

JOHOR BAHRU: Usaha kerajaan menambah keanggotaan Askar Wataniah tidak bermakna Malaysia mahu menjadi sebuah negara tentera atau menunjukkan wujud perubahan dalam senario keselamatan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah kerajaan menambah bilangan anggota Askar Wataniah yang kini berjumlah 44,000 ialah untuk memastikan negara mampu menghadapi cabaran daripada pelbagai sudut termasuk ekonomi, politik, sosial serta keselamatan.

"Hakikatnya, dalam keadaan negara aman dan makmur ini, persiapan perlu dilakukan supaya negara selamat kerana kita tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada ekonomi sebaliknya, mesti bertindak komprehensif dan holistik.

"Askar Wataniah adalah barisan kedua dan melengkapi peranan askar profesional dan ia mampu melahirkan modal insan yang mempunyai nilai ketenteraan seperti berdisiplin, menepati waktu serta sentiasa bersedia menerima dan melaksanakan arahan," katanya.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perdana Kompeni Askar Wataniah Parlimen Johor, di Dataran Bandaraya, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Latiff Yusof; Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Ali Hassan; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Sementara itu, Najib juga mahu negeri lain supaya mencontohi Johor kerana menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menubuhkan satu kompeni Askar Wataniah dalam semua 26 kawasan Parlimennya.
Najib berkata, penubuhan kompeni Askar Wataniah di setiap Parlimen di negara ini, memang menjadi sasaran Kementerian Pertahanan kerana pasukan keselamatan itu boleh memainkan peranan mempertahankan negara dan membantu ketika bencana berlaku.

"Kita mempunyai satu lagi kumpulan anggota yang berdisiplin dan boleh dikerah untuk kerja menyelamat ketika menghadapi bencana seperti banjir," katanya. "Wakil rakyat sebagai pemimpin masyarakat boleh memainkan peranan dengan turut serta menganggotai Askar Wataniah sekali gus dapat menarik minta anggota masyarakat menyertai pasukan keselamatan," katanya.

Katanya, ATM berharap dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat daripada segenap lapisan masyarakat, terutama generasi muda dalam memantapkan pasukan itu.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini menaikkan pemberian elaun Askar Wataniah antara RM4 dan RM5 sejam bagi anggota dan pegawai serta meningkatkan kemudahan latihan pasukan itu selain menikmati pelbagai insentif sama seperti anggota tentera.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, Johor kini berada di ambang perubahan besar menerusi pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang sudah tentu memerlukan tahap keselamatan bertaraf antarabangsa bagi menarik minat pelabur.

"Kerajaan Pusat komited dan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjadikan WPI satu kenyataan, termasuk memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan sama ada dari luar atau dalam," katanya.

"Pasukan Askar Wataniah mampu memberi jaminan kepada pelabur dan penghuni WPI, bahawa tahap keselamatan di negeri ini berada dalam keadaan selamat dan terjamin sepenuhnya," katanya.

Friday, October 26, 2007

TIGA MB DIANUGERAHKAN BRIGEDIER JENERAL KEHORMAT

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Najib Tun Razak memakaikan pangkat Brigedier Jeneral Kehormat kepada Mohamad Khir Toyo sambil diperhatikan Adnan Yaakob (kiri) dan Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada majlis pemakaian pangkat di Putrajaya, semalam.
by:http://www.utusan.com.my/

ASKAR WATANIAH BENTUK MASYARAKAT BERDISPLIN

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TENGKU MAHKOTA MELAWAT PAMERAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KOMPENI ASKAR WATANIAH BAGI PARLIMEN JERANTUT DAN MARAN DI JERANTUT BARU-BARU INI.
Oleh Roselan Ab Malek Berita Harian

KENAIKAN ELAUN LATIHAN TEMPATAN

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama)Pasukan simpanan sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk pasukan pegawai kadet Palapes di institusi pengajian tinggi awam kini menikmati kenaikan elaun latihan tempatan (ELT) sebanyak 33.33 peratus iaitu tambahan sebanyak RM1 hingga RM1.45 sejam berkuatkuasa 1 Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Pertahanan, berkata dengan kenaikan kadar elaun itu, seramai 45,775 anggota pasukan itu kini menikmati ELT pada kadar baru sebanyak RM4 hingga RM5.80 sejam berbanding RM3 hingga RM4.35 sejam sebelum ini.Kenaikan ELT, yang melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM11.44 juta, turut dinikmati oleh pegawai kadet Palapes seramai 2,693 orang, katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.Kali terakhir ELT dinaikan adalah pada 1 Nov 2000.Najib berkata kenaikan ELT merupakan satu daripada langkah penambahbaikan perkhidmatan sukarela dalam usaha kementerian itu menarik lebih ramai masyarakat awam menyertai pasukan tersebut."Mengikut prinsip sedia wujud, semua pegawai dan lain-lain pangkat pasukan simpanan sukarela ATM yang menghadiri latihan tempatan dibayar elaun mengikut jumlah jam yang dihadiri mereka iaitu antara tempoh dua jam minima dan 12 jam maksima pada satu-satu sesi latihan," katanya.Najib berkata dengan kadar baru itu, pasukan berkenaan akan menerima bayaran elaun antara RM48.00 ke RM69.60 sehari mengikut ketegori jawatan dengan peringkat pegawai menerima RM69.60 sehari bagi 12 jam latihan, sementara lain-lain pangkat menerima RM48.00 sehari bagi tempoh yang sama."Selain ELT, Angkatan Sukarela ATM yang menjalani Latihan Berterusan dan Latihan Tahunan akan terus dibayar elaun berpandukan kadar gaji mengikut pangkat dan jumlah hari latihan yang dihadiri."Mereka yang mempunyai prestasi kehadiran yang baik bagi ketiga-tiga jenis latihan iaitu latihan tempatan, latihan berterusan dan latihan tahunan juga dibayar saguhati sebanyak RM520 maksima setahun," katanya.Selain elaun berkenaan, mereka yang menjalani latihan lebih dari 10 jam turut mendapat sajian percuma.Najib berkata daripada 45,775 anggota pasukan sukarela ATM, seramai 40,835 adalah askar wataniah dari Angakatan Tentera Darat, 4,074 dari Tentara Laut dan 866 daripada Tentera Udara.
by:BERNAMA